Gadis Cina Maut Tercekik Boba, Tiga Butir Boba Tersumbat Di Saluran Pernafasan

Trending

Gadis Cina Maut Tercekik Boba, Tiga Butir Boba Tersumbat Di Saluran Pernafasan

Seorang gadis 19 tahun membeli secawan boba (seperti kita semua) bersama adik lelakinya pada 30 Jun dan kemudian datang ke rumah rakannya.

Bagaimanapun, sebaik saja tiba, gadis itu mengalami kesukaran bernafas. Tanggannya bertukar menjadi lebam, menandakan dia kekurangan oksigen.

Advertisement

Dia pengsan semasa dikejarkan ke hospital, dan doktor juga telah memberi bantuan pernafasan setelah mereka tiba, berharap dia akan pulih. Bagaimanapun, dia meninggal dunia.

Dilaporkan, bahawa dia berusaha menyedut beberapa biji boba sebelum itu, dan kerana menyedut terlalu kuat, tiga butir boba tersedut masuk ke dalam trakea, menyekat laluan udara dan menyebabkan dia tercekik.

Menurut See Hua Daily, satu biji boba bersaiz besar boleh menyekat keseluruhan laluan udara dan menyebabkan kematian. Dan orang tua serta kanak-kanak dinasihatkan minum boba menggunakan cawan berbanding penyedut minuman untuk mengurangkan kemungkinan tercekik.

Ini boleh terjadi pada sesiapa saja. Pastikan anda menyedut Boba dengan bertanggungjawab apabila menikmati minuman yang tular ini. – amazingnara.com via World of Buzz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...