Gadis Cantik Buka Kelas Tutor, Dah Ada 50 Pelajar Jadi Pelanggan Tetap

Trending

Gadis Cantik Buka Kelas Tutor, Dah Ada 50 Pelajar Jadi Pelanggan Tetap

06hmtutor.transformed

Walaupun baru je berusia 18 tahun, gadis cantik bernama Qsitina Enara Haris, 18, sudah pandai mencari duit poketnya sendiri dengan menawarkan khidmat tutor.

Tawaran dari penuntut Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya dalam jurusan Bahasa Inggeris itu mula menjadi viral di media sosial sehingga ada yang menganggap yang bukan-bukan mengenai tawaran yang disediakan itu.

Advertisement

Qistana berkata apa yang dilakukannya hanya untuk menjana wang tambahan bagi pembiayaan dan yuran kolej.

Saya suka berdikari dan tidak mahu susahkan orang tua lebih-lebih lagi meminta daripada ibu. Dia juga perlu duit untuk menampung kami adik-beradik yang masih belajar memandangkan dia ibu tunggal.

Lagipun, saya mula berdikari sejak usia 16 tahun dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian, kasut dan beg untuk remaja perempuan,” katanya sebagaimana lapor myMetro.

Selain dari menawarkan harga khidmat tutor yang berpatutan, Qistina berkata dia berniat untuk membantu golongan ibu bapa kurang mampu yang mahu meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak dengan memberi diskaun kepada mereka.

Saya mahu bantu orang susah yang perlukan bantuan mengubah cara pembelajaran dan meningkatkan mutu pendidikan.

Setakat ini, saya sudah ada 50 pelajar yang mahu mendaftar dan mendapatkan khidmat saya. Bagaimanapun, saya terpaksa memilih dengan memberi keutamaan kepada mereka yang mahu belajar, selain perlu bahagikan masa untuk kuliah,” katanya.

Pelajar lepasan SPM dari SMK Cyberjaya itu mendapat keputusan 7A dalam SPM 2014.

Screen Shot 2016-01-06 at 6.20.22 PM

Bagaimanapun, niatnya untuk membuat khidmat tutor bagi menambah pendapatan disalah ertikan sesetengah pihak dek kerana memiliki wajah yang cantik.

Ini anugerah dan tidak mahu guna wajah cantik untuk menarik perhatian ramai. Nak dapat ilmu, kita perlu serius.

Ibu saya juga beri semangat dan percayakan dengan apa yang saya buat,” katanya yang turut aktif dalam aktiviti amal.

Qistina yang juga seorang pelakon dan model berkata dia tidak mahu mengendahkan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutor yang disediakan.

Hanya pelajar serius saja boleh mendaftar dan apa saya buat bukan main-main. Hormatilah keikhlasan saya menjadi tutor peribadi,”

Qistina yang juga pelakon dan model memberitahu, dia tidak mahu mempedulikan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutor itu.

Menurut Qistina, dia turut menawarkan perkhidmatan itu di Cyberjaya, Dengkil, Putra Perdana dan Seri Kembangan. Qistina dibantu abangnya yang juga seorang mahasiswa universiti swasta di sini.

Ini adalah salah satu pilihan kepada ibu bapa bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak dengan harga mampu milik. Moga Qistina dapat terus membantu dalam memandaikan anak-anak bangsa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...