Gadis Berusia 17 Tahun Sanggup Tikam Kanak-Kanak Dan Orang Tua Untuk Dapatkan Botol Terakhir ‘Sanitizer’ Di China

Trending

Gadis Berusia 17 Tahun Sanggup Tikam Kanak-Kanak Dan Orang Tua Untuk Dapatkan Botol Terakhir ‘Sanitizer’ Di China

Susulan kes wabak coronavirus di Wuhan yang semakin mencatatkan jumlah yang tinggi di China, bekalan topeng muka dan sanitizer dilaporkan semakin berkurangan. Sehinggakan ada yang sanggup berebut untuk mendapatkannya di pasar raya dan farmasi di sana.

Seorang gadis di China bertindak menikam beberapa pelanggan di pasar raya di Wuhan hanya kerana berebut untuk membeli sebotol sanitizer di pasar raya. Gadis tersebut telah menikam kanak-kanak berusia 12 tahun dan seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun.

Advertisement

Dalam video yang dikongsikan di Twitter itu, dua mangsa dilihat terbaring berlumuran darah selepas insiden itu. Ahli keluarga mangsa dan saksi yang berada di tempat kejadian menjerit melihat kesan darah yang berada di pasar raya diikuti dengan tangisan daripada mangsa. Suspek yang berusia 17 tahun dikenali sebagai Wang, dilaporkan membawa sebilah pisau semasa membeli belah di pasar raya itu.

Menurut keluarga suspek, Wang mempunyai masalah mental dan sering berasa berada dalam keadaan bahaya dan sentiasa rasa terancam dengan keadaan sekeliling. Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk dapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

COVID-19 atau coronavirus kini dilaporkan telah berjangkit di sekitar 30 negara dengan jumlah pesakit melebihi 60,000 dan sekitar 50,000 babitkan negara China. Sebelum ini, tindakan kejam pegawai di China memukul anjing di China menerima kritikan ramai. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pegawai Di China Bertindak Memukul Anjing Yang Berkeliaran Sehingga Mati Kerana Bimbang Penyebaran Wabak Wuhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...