Gadis Bercinta Dengan Bapa Sendiri, Rancang Berkahwin Dan Miliki Anak Bersama

Trending

Gadis Bercinta Dengan Bapa Sendiri, Rancang Berkahwin Dan Miliki Anak Bersama

Seorang gadis yang merancang untuk berkahwin–mungkin mengalami masalah untuk menjemput ibunya datang ke majlis perkahwinannya–kerana dia bakal mengahwini bapanya sendiri.

Gadis berusia 18 tahun yang tidak dinamakan itu mendedahkan tentang hubungannya dengan bapanya selama dua tahun dalam satu temubual dengan Science of Us, tentang bagaimana mereka berdua jatuh cinta dan pertama kali mengadakan hubungan seks serta perancangan mereka untuk masa hadapan.

Advertisement

24C5444500000578-2914138-image-a-17_1421458354209

Dan salah satu dari perancangan itu ialah-mereka berdua mahu memiliki anak bersama.

Gadis itu yang berasal dari kawasan Great Lakes, US, bertemu semula dengan bapanya pada usia 16 tahun, setelah terpisah selama 12 tahun. Ibunya mengandungkan dirinya semasa majlis Prom, dan gadis itu membesar bersama ibunya yang didakwanya menghidap penyakit bipolar.

Bapanya menghubunginya melalui Facebook semasa dia masih bersekolah tinggi, dan selepas itu keduanya bertemu dan mereka tinggal bersama selama dua minggu. Mereka melakukan hubungan seks pada minggu itu dan kemudiannya mula bercinta. Katanya:

Advertisement

Ada sebab saya hilang keperawanan kepada dia, kerana saya tak pernah rasa selesa dengan lelaki lain. Ia sangat sensual. Hubungan kami berlangsung selama sejam dan mudah bagi kami untuk menggembirakan satu sama lain. Saya tak pernah rasa sangat asyik, sayang dan puas hati seperti ini.

Keduanya juga tidak menyorokkan hubungan, ramai menyedari apa yang berlaku antara mereka berdua.

Semua saudara sebelah ibu melihat kami sebagai bapa dan anak.Yang tahu dia ialah bapa saya dan kami telah bertunang ialah ibu dan bapa kepada bapa saya (mereka gembira kami bersama dan tak sabar lihat anak kami dan layan kami sama seperti pasangan yang lain), dan kawan baik saya.

Majlis perkahwinan telah dirancang dan gadis itu akan memberitahu ibunya tentang bakal suaminya apabila mereka berdua pindah ke New Jersey.

Kami bercadang pindah ke New Jersey di mana kami tidak akan dikenakan tindakan undang-undang, kerana hubungan sumbang mahram dewasa tidak menjadi kesalahan di sana, dan apabila sampai di sana, saya akan beritahu semua orang. Saya akan telefon ibu dan beritahu dia bahawa saya dan bapa mencintai antara satu sama lain dan akan memiliki anak bersama. Jika ibu mahu lihat cucunya kami akan hantar duit dan dia boleh memandu ke Jersey untuk temui kami.

Dan walaupun ramai orang, termasuk kajian sains mungkin mengatakan bahawa memiliki anak dengan ahli keluarga akan menyebabkan masalah genetik, gadis itu menyanggahnya.

Semua orang fikir yang anak yang dilahirkan hasil hubungan sumbang mahram akan pasti ada masalah genetik, tetapi itu tidak benar. Itu hanya berlaku jika perbuatan sumbang mahram itu berlaku selama beberapa generasi, seperti dalam keluarga diraja. Sumbang mahram sudah berlaku selama manusia telah wujud.

Walau begitu gadis itu memberitahu akan merahsiakan status dirinya dan suaminya dari anak-anak mereka

Saya tak mahu beri masalah kepada mereka.

Sumber: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

9 Comments

  1. kui3

    January 21, 2015 at 9:52 am

    nama pun ank luar nikah (berdasarkan cerita ibunya dapat ank tu melalui majlis prom) so faham2la majlis prom dorang cmna…tarikan sesama mahram tu xde kot…klu kita sbg orang Islam akn fikir ni kerja gila…ni dia agama lain…xde guna kita kutuk2

    • Anonymous

      January 21, 2015 at 2:28 pm

      Hello? Agama lain pun takde yg menghalalkan hubungan sumbang mahram ok. Semua agama menganjurkan kebaikan cuma cara pengamalan ritual sahaja berbeza. Bukan kutuk.. tp kenyataan la mereka tak waras. Kalau waras takkan tertarik dgn darah daging sendiri.

    • bukan sumbang mahram

      January 23, 2015 at 6:20 pm

      Dlm artikel yg sy baca sebelum ni dikata ibu perempuan ni tak berkahwin dgn lelaki tersebut. So kalau dlm islam dia di kategorikan anak luar nikah / tidak sah taraf. Bagi anak luar nikah, dia tiada apa-apa ikatan dengan sibapa. So mereka dihalalkan berkahwin & bukan lah sumbang mahram.Ini dari perspektif Islam la.

    • Anonymous

      January 24, 2015 at 10:52 pm

      Huh? Is that even logic? Kalau anak luar nikah boleh kawin dgn bapaknya sendiri? Tp tergamak ke nk kawin dgn lelaki yg kita tau kita dari air mani dia, secara logik akal, walau laki tu tak penah kawin dgn ibu. Tergamak ke..

  2. Anonymous

    January 20, 2015 at 12:02 pm

    dunia akhir zaman menunggu masa untuk dihisab

  3. Anonymous

    January 20, 2015 at 9:35 am

    Gila lah… Macam dah takde jantan dan betina lain.. Serius aku rasa manusia yang ada perasaan cinta ghairah pada mahram sendiri ada masalah mental. Kalau normal tidak mungkin sama sekali ada perasaan selera nafsu seks pada ahli keluarga. Jijik betul sumbang mahram…. Tak dpt nk bayang camne diorang ni berselera kat family sendiri. Gila.

  4. saz

    January 20, 2015 at 9:15 am

    Nauzubillahiminzalik….

  5. mariasanta

    January 20, 2015 at 9:07 am

    aku rasa budak ni dah GILA nak kawen dgn bapa sendiri….

Loading...