Seorang gadis yang merancang untuk berkahwin–mungkin mengalami masalah untuk menjemput ibunya datang ke majlis perkahwinannya–kerana dia bakal mengahwini bapanya sendiri.
Gadis berusia 18 tahun yang tidak dinamakan itu mendedahkan tentang hubungannya dengan bapanya selama dua tahun dalam satu temubual dengan Science of Us, tentang bagaimana mereka berdua jatuh cinta dan pertama kali mengadakan hubungan seks serta perancangan mereka untuk masa hadapan.
Dan salah satu dari perancangan itu ialah-mereka berdua mahu memiliki anak bersama.
Gadis itu yang berasal dari kawasan Great Lakes, US, bertemu semula dengan bapanya pada usia 16 tahun, setelah terpisah selama 12 tahun. Ibunya mengandungkan dirinya semasa majlis Prom, dan gadis itu membesar bersama ibunya yang didakwanya menghidap penyakit bipolar.
Bapanya menghubunginya melalui Facebook semasa dia masih bersekolah tinggi, dan selepas itu keduanya bertemu dan mereka tinggal bersama selama dua minggu. Mereka melakukan hubungan seks pada minggu itu dan kemudiannya mula bercinta. Katanya:
Ada sebab saya hilang keperawanan kepada dia, kerana saya tak pernah rasa selesa dengan lelaki lain. Ia sangat sensual. Hubungan kami berlangsung selama sejam dan mudah bagi kami untuk menggembirakan satu sama lain. Saya tak pernah rasa sangat asyik, sayang dan puas hati seperti ini.
Keduanya juga tidak menyorokkan hubungan, ramai menyedari apa yang berlaku antara mereka berdua.
Semua saudara sebelah ibu melihat kami sebagai bapa dan anak.Yang tahu dia ialah bapa saya dan kami telah bertunang ialah ibu dan bapa kepada bapa saya (mereka gembira kami bersama dan tak sabar lihat anak kami dan layan kami sama seperti pasangan yang lain), dan kawan baik saya.
Majlis perkahwinan telah dirancang dan gadis itu akan memberitahu ibunya tentang bakal suaminya apabila mereka berdua pindah ke New Jersey.
Kami bercadang pindah ke New Jersey di mana kami tidak akan dikenakan tindakan undang-undang, kerana hubungan sumbang mahram dewasa tidak menjadi kesalahan di sana, dan apabila sampai di sana, saya akan beritahu semua orang. Saya akan telefon ibu dan beritahu dia bahawa saya dan bapa mencintai antara satu sama lain dan akan memiliki anak bersama. Jika ibu mahu lihat cucunya kami akan hantar duit dan dia boleh memandu ke Jersey untuk temui kami.
Dan walaupun ramai orang, termasuk kajian sains mungkin mengatakan bahawa memiliki anak dengan ahli keluarga akan menyebabkan masalah genetik, gadis itu menyanggahnya.
Semua orang fikir yang anak yang dilahirkan hasil hubungan sumbang mahram akan pasti ada masalah genetik, tetapi itu tidak benar. Itu hanya berlaku jika perbuatan sumbang mahram itu berlaku selama beberapa generasi, seperti dalam keluarga diraja. Sumbang mahram sudah berlaku selama manusia telah wujud.
Walau begitu gadis itu memberitahu akan merahsiakan status dirinya dan suaminya dari anak-anak mereka
Saya tak mahu beri masalah kepada mereka.
Sumber: Dailymail UK