Gadis Bengkel Tular, Lebih 100 Lelaki Datang Dan Cuba Memikat

Trending

Gadis Bengkel Tular, Lebih 100 Lelaki Datang Dan Cuba Memikat

Gadis bengkel Nor Sakira Awee, 20, mengakui dirinya kini cuba dipikat lebih 100 lelaki selain turut menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Nor Sakira dari Kampung Batangan, Marang menjadi tumpuan selepas kisahnya yang tidak kekok untuk ‘bermain’ dengan enjin kenderaan tular di laman sosial sebelum ini.

“Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.”

“Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan semua orang dan terbuka dalam soal ini.”

“Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.”

Nor Sakira adalah seorang daripada 65 pelatih Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE).

Kisah gadis itu tular di media sosial selepas kemahirannya membaik pulih kenderaan dikongsi dan mendapat pujian netizen hingga ada yang sanggup menawarkan wang hantaran RM20,000.

Menurutnya, dia tidak kisah apabila diajak bercinta oleh lelaki kerana ia adalah hak mereka atau dianggap sekadar usikan netizen saja melainkan ada yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormatinya.

Katanya, dia tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.

“Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.”

“Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini,” katanya.

Katanya, dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.

“Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...