“Gadis Bawah Umur Terlibat Seks ‘Suka Sama Suka’ Juga Patut Didakwa” – Polis Kelantan

Berita

“Gadis Bawah Umur Terlibat Seks ‘Suka Sama Suka’ Juga Patut Didakwa” – Polis Kelantan

Statistik menunjukkan hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka bukannya paksaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, undang-undang sedia ada perlu diperhalusi semula agar semua masyarakat lebih faham tentang kesan sesuatu kesalahan.

Advertisement

Tambahnya, undang-undang yang lebih ketat juga dapat membantu membendung peningkatan kes pada masa akan datang.

Susulan itu, Mohd Yusoff mencadangkan agar peruntukan undang-undang sedia ada diteliti semula khususnya melibatkan kesalahan hubungan seks suka sama suka membabitkan kes bawah umur supaya tindakan tidak hanya dikenakan ke atas lelaki sahaja.

Terdapat keperluan meneliti semula mekanisme perundangan sedia ada bagi memastikan tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada kedua-dua pihak yang terbabit bukan hanya tertumpu kepada lelaki semata-mata.

Ketua Polis Kelantan

Ujarnya, selama ini polis hanya mendakwa lelaki dalam kes rogol bawah umur, sedangkan hasil siasatan mendapati kebanyakan kes berlaku atas dasar suka sama suka.

Disebabkan itu, Mohd Yusoff berkata dia mencadangkan agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap perempuan yang terbabit.

Apabila laporan dibuat, kita tetap perlu membuka kertas siasatan dan mengenakan pertuduhan terhadap lelaki mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Kanak-Kanak, walaupun terdapat pengakuan bahawa perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka.

polis Kelantan masih buru dua rakan aniaya Eda Ezrin
2025-08-24 13:15:30

Polis Kelantan Kongsi Perkembangan Kes 2 Rakan Aniaya Eda Ezrin - "Banyak Kali Dah Ke Rumah Mereka..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...