Gadis 23 Tahun ‘Songlap’ RM32,000 Dipenjara 9 Tahun – “Saya Ambil Duit Nak Bayar Hutang 10 Ah Long”

Hiburan

Gadis 23 Tahun ‘Songlap’ RM32,000 Dipenjara 9 Tahun – “Saya Ambil Duit Nak Bayar Hutang 10 Ah Long”

Seorang pekerja kedai serbaneka dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah membabitkan wang lebih RM32,000.

Tertuduh, Nurfatin Najwa Ahmad Bzli, 23, mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Hakim Mahkamah Sesyen, Osman Affendi Mohd Shalleh dalam penghakimannya menegur tindakan tertuduh yang disifatkan masih muda dan mempunyai masa depan panjang.

wanita

“Kenapa kamu pinjam dengan along? Kamu masih muda untuk menjalani hukuman ini dan perjalanan hidup kamu masih jauh.”

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara berbeza bagi setiap pertuduhan, termasuk satu hingga dua tahun, dengan semua hukuman berjalan secara berurutan bermula dari tarikh tangkapan pada 28 Mac lalu.

Osman Affendi turut menyatakan rasa simpati terhadap tertuduh yang sebelum ini membantu keluarga, namun menegaskan kesalahan tersebut serius.

“Kamu banyak menolong ibu bapa tapi dengan apa yang berlaku, ia cukup menyedihkan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyeleweng wang tunai hasil jualan berjumlah RM32,102.60 milik sebuah kedai serbaneka di Taman Soga antara 21 hingga 27 Mac lalu.

Pendakwaan menyatakan tertuduh menyalahgunakan kepercayaan dengan memasukkan jumlah wang lebih rendah daripada jualan sebenar serta memanipulasi rekod harian bagi mengaburi pihak syarikat.

Dalam rayuannya, tertuduh memaklumkan tindakan itu dilakukan kerana terdesak untuk melangsaikan hutang dengan along seramai 10 orang seperti memetik Harian Metro.

“Saya pinjam dengan along kerana nak bayar hutang rakan. Dia tak mahu bayar ansuran jadi saya tiada pilihan,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trendingyang lain pada pautan di bawah.

2026-04-03 17:08:26

Harga Makanan Semakin Meningkat? Ini 7 Cara Bijak Menghadapi Kos Sara Hidup Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...