Gadis 21 Tahun Menang Tempat Pertama Anugerah Laporan Kewangan ACCA

Trending

Gadis 21 Tahun Menang Tempat Pertama Anugerah Laporan Kewangan ACCA

Anak kepada seorang kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) Besut, berjaya buktikan minatnya dalam bidang perakaunan boleh meletakkan namanya sebagai pelajar terbaik dunia dalam kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Sebelum ini, dia pernah dinasihatkan keluarganya agar tidak memilih pengajian dalam bidang perakaunan, namun tekad Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, berjaya membuktikan dirinya boleh pergi jauh dalam bidang tersebut.

Advertisement

Anak ketiga daripada tujuh beradik yang masih belajar di tahun ketiga Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC) Shah Alam ini berjaya menakhluk tempat pertama dalam World Prize Winner bagi ACCA yang diumumkan baru-baru ini.

Wan Nur Mafudah menyatakan, beliau dinilai dari semua pelajar yang menduduki kertas ACCA di IPT dunia.

Dengan memperolehi markah 95 peratus, menjadikan dia pelajar yang memperolehi markah tertinggi dunia dalam peperiksaan itu baru-baru ini.

“Saya difahamkan sebelum ini kejayaan tertinggi yang dicapai pelajar Melayu adalah tempat kedua, ketiga dan keenam sejak tahun 2015 hingga tahun lepas,” katanya yang menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di INTEC.

Katanya lagi, sebelum ini dia tidak menjangka dapat keputusan terbaik dalam mata pelajaran yang dinilai seluruh dunia itu.

Menurutnya, dia hanya berusaha menjawab soalan dengan sebaik mungkin dan berharap dapat keputusan cemerlang, namun terkejut apabila namanya diangkat berada di tempat terbaik dunia.

“Saya meminati mata pelajaran Matametik sejak sekolah rendah lagi termasuk bidang perakuanan dan kejayaan ini membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang ini dengan syarat belajar bersungguh-sungguh.”

“Perakauanan berbeza dengan Matematik kerana ia lebih kepada teori, bukan pengiraan dan tips yang banyak membantu saya berjaya ialah sentiasa berkongsi ilmu dengan rakan sekuliah kerana dengan cara ini saya akan lebih faham dan ingat,” katanya.

Wan Nur Mafudah berkata lagi, kejayaannya juga dapat menghilangkan kerisauan keluarga terutama ibu bapanya.

“Selain itu, saya juga ingin menyahut cabaran menteri (Idris) yang mahu lebih ramai anak Melayu menceburi bidang tersebut kerana bilangan mereka masih kurang.

“Saya dulu belajar di SK Tok Raja dan Alhamdulillah ketika itu saya satu-satunya murid yang memperoleh keputusan UPSR 5A. Dengan keputusan itu, saya memohon melanjutkan pelajaran di MRSM Besut,” katanya.

Selepas memperoleh keputusan SPM 8A1B, dia meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah sebelum memasuki INTEC.

Dia juga salah seorang Penerima biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini juga merancang untuk terus menimba pengalaman dengan bekerja sebagai akauntan di firma perakaunan terkemuka terlebih dahulu sebelum mengejar cita-citanya sebagai pensyarah perakaunan.

Dia mahu membantu keluarganya terutamanya bapanya, Wan Yusof Wan Abdullah, 53, yang merupakan kakitangan biasa Jupem manakala ibunya, Zainab Zakaria, 56, hanya suri rumah.

Saya mahu jadi contoh kepada adik-adik saya agar belajar bersungguh-sungguh dan meraih kejayaan.”

“Selain itu, saya berharap subjek perdagangan, perakaunan dan ekonomi ditekankan secara serius kepada pelajar di peringkat awal menengah kerana ia asas dalam pelbagai pekerjaan seseorang khususnya sekiranya menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...