Gadis 17 Tahun Berjaya Lari Rumah! Bapa Kandung, Pakcik & Atuk ‘Ambil Giliran’ Perkosa Setiap Hari

Hiburan

Gadis 17 Tahun Berjaya Lari Rumah! Bapa Kandung, Pakcik & Atuk ‘Ambil Giliran’ Perkosa Setiap Hari

Bagi pelajar berusia 17 tahun ini, masa depannya gelap dan maruahnya direntap oleh beberapa kaum Adam yang sangat dikenali malah mereka itulah yang sepatutnya menjaganya.

Gadis itu baru-baru ini meraih perhatian selepas mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa dan dipaksa tidur dengan tiga lelaki dalam keluarganya.

Advertisement

Ayah kandung, bapa saudara dan datuknya sendiri adalah individu yang tergamak merosakkan maruah gadis ini selepas ibunya pergi entah ke mana.

mangsa

 

Bergilir-gilir

Difahamkan, kedua orang tuanya bercerai ketika dia masih bayi dan ibu kandungnya pula terus menghilang serta langsung tidak mengambil tahu tentangnya sejak berkahwin baru.

Menurut laporan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketiga-tiga suspek pada 1 hingga 5 Ogos secara bergilir-gilir dimulakan oleh datuknya pada jam 9 pagi.

Bapa saudaranya kemudian ‘mengambil alih’ bermula pada jam 9 malam dan giliran terakhir adalah bapa kandungnya itu pada waktu subuh.

Pada 6 Ogos, ketika kesemua suspek tiada di rumah mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dan menyorok di masjid berdekatan.

mangsa

Ketika membuat laporan polis, mangsa mendedahkan pernah melaporkan kejadian keji itu sebelum ini namun tiada tindakan lanjut diambil kerana kekurangan saksi selain dia tidak mempunyai kad pengenalan diri.

Mangsa turut mendedahkan telah dikasari banyak kali oleh semua suspek dan turut diugut jika berani membuka mulut menceritakan apa yang berlaku.

Difahamkan, pihak polis kini sedang menyiasat kes itu dan ibu kandung mangsa juga turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rogol bergilir
1 year ago

Kes Rogol Bergilir-Gilir Wangsa Maju, Siasatan Dapati Abang Ipar Turut Perkosa Adik Iparnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NOVA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...