Misteri kehilangan seorang gadis bernama Nur Amirah yang menjadi viral di laman sosial sehingga mendapat liputan meluas di akhbar dan media massa di mana beliau menghubungi keluarganya mendakwa telah diculik oleh dua orang lelaki India kini sudah terjawab.
Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar mengesahkan gadis berkenaan telah dijumpai kira-kira jam 10 malam semalam di Banting, Selangor.
Menurut Tarmizi, kejadian berkenaan adalah lakonan dan rekaan gadis berumur 14 tahun berkenaan semata-mata apabila dia ditemui bersama seorang lelaki berbangsa Cina yang dipercayai teman lelakinya.
Berita ini juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya.
Manakala Twitter media akhbar turut Berita Harian melaporkan telah mengeluarkan kenyataan ini di mana agensi berita itu juga mengesahkan Nur Amirah dijumpai di Banting kira-kira jam 10 malam semalam.
Selain itu juga, Twitter agensi berita lain seperti Sinar Harian juga telah mengesahkan hal yang sama.
Pada 30 Desember lalu, tersebar di laman sosial rakaman suara seorang gadis yang dirakam oleh kakaknya dimana rakaman suara yang dipercayai milik Amirah tersebut mendakwa dia diculik telah mencetuskan kegemparan.
Kerana terlalu risau akan adiknya itu, keluarganya telah menghebahkan rakaman tersebut kepada media untuk meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Amirah.
Admin harap, perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana dikhuatiri seandainya benar-benar berlaku, rasa kepercayaan itu sudah tiada. Sama-sama kita ambil iktibar dari perkara ini.