Gabungan Pasta Dan Burger, Mac ‘N Cheese Zinger Tawaran Terbaharu KFC Singapura

Trending

Gabungan Pasta Dan Burger, Mac ‘N Cheese Zinger Tawaran Terbaharu KFC Singapura

Buat penggemar makanan segera KFC yang mana satu anda lebih idamkan sama ada pasta atau burger? Setiap orang mempunyai cita rasa berlainan dan sudah tentunya pilihan adalah berbeza.

kfc

Advertisement

Namun kini, percaya atau tidak anda boleh menikmati kedua-duanya sekali! Ini selepas restoran makanan segera KFC Singapura melancarkan Mac ‘N Cheese Zinger pada 13 Februari baru-baru ini.

kfc

Jika Zinger biasa menghidangkan kepingan ayam goreng berempah dan roti burger biasa, filet ayam dalam Mac ‘N Cheese Zinger pula ‘diapit’ dua keping patti kecil yang diperbuat daripada makaroni dan keju yang digoreng.

Satu lagi berita baik buat penggemar keju, Mac ‘N Cheese Zinger ini akan dihidangkan bersama titisan keju selain daun salada dan bakon ayam belanda (turkey bacon).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...