Bayangkan Kalau Watak Avengers Boleh “Transform” Menjadi Smartphone, Memang Epic!

Hiburan

Bayangkan Kalau Watak Avengers Boleh “Transform” Menjadi Smartphone, Memang Epic!

Filem Avengers: Endgame sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Marvel seantero dunia. Rakyat Malaysia akan dapat menonton filem ini 2 hari lebih awal iaitu pada 24 April. Pasti dah ramai yang tak sabar nak tahu bagaimana Avengers akan mengalahkan Thanos. Untuk makluman, hampir kesemua tiket filem ini untuk tayangan minggu pertama telah habis dijual. Memang dasyat!!!

Advertisement

Cuba anda bayangkan kalau Thor boleh “transform” jadi smartphone, ataupun nak lagi cool, kalau Iron Man bertukar menjadi smartphone? Memang cool habis kan? Seperti filem-filem Avengers sebelum ini, Avengers:Endgame juga bakal mempunyai telefon pintar edisi khas.  Diinspirasi dari kehebatan superheroes di dalam filem ini, Oppo akan melancarkan OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition pada 24 April kelak, iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran tayangan filem Avengers:Endgame. Kalau nak ikutkan, smartphone yang bertemakan Iron Man ini pasti mempunyai fungsi pengecasan yang cukup laju. Kalau yang bertemakan Captain America pula, pastinya ia tahan lasak! Tak gitu?

Dengan slogan “Assemble The Power”, OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition telah melakukan perubahan rekaan pada bahagian luaran telefon pintar ini. Panel belakang bewarna biru lengkap dengan corak heksagon yang disusun seakan sarang lebah. Logo Avengers berwarna merah juga turut disertakan. Oppo F11 Pro ini juga akan hadir dengan imej latar belakang logo Avengers. Sekali tengok, memang terus jatuh cinta dibuatnya, lebih-lebih lagi kalau anda adalah peminat setia siri filem Avengers.

Lebih menarik, setiap superhero di dalam Avengers:Endgame turut mewakili ciri-ciri awesome  yang ada pada Oppo F11 Pro. Contohnya seperti:-

  1. Thor – VOOC Flash Charge 3.0

Dengan algorithma FCC terbarunya, VOOC Flash Charge 3.0 boleh mengekalkan kepantasan mengecas Oppo F11 Pro pada kadar tinggi dengan selamat. Paling best, masa untuk pengecasan penuh adalah 20 minit lebih pantas berbanding dahulu. Sama macam kuasa kilat Thor kan?

  1. 6GB RAM + ruangan simpanan 64GB atau 128GB

Nak main game dengan pantas, nak simpan gambar berpuluh-puluh ribu, nak tangkap gambar tanpa sebarang ‘lag’, semuanya boleh dilakukan sebab Oppo F11 Pro ini berkuasa tinggi seperti Hulk. Ia dijana dengan 6GB RAM untuk kepantasan sejati dan ruangan simpanan sehingga 128GB. Besar dan gagah macam si hijau Hulk!!!

  1. Kamera periskop/ “Rising Camera”

Secanggih teknologi yang digunakan untuk membuat suit Iron Man, Oppo F11 Pro mempunyai kamera periskop yang akan dinaikkan secara automatik apabila pengguna mengakses aplikasi dengan kamera hadapan. Selain itu, Oppo F11 Pro mempunyai paparan skrin Paparan Full HD  sebesar 6.5 inci dengan tiada sebarang takuk yang menganggu penglihatan anda. Senang cakap, it’s a perfect design.

  1. Gambar yang jelas seperti Kristal

Ketajaman mata Hawkeye ketika memanah musuh turut diterjemahkan di dalam kamera 48MP Oppo F11 Pro. Ia mempunyai dwi-kamera belakang dengan lensa 48-megapixel serta F1.79 aperture untuk kualiti gambar yang tiada tandingan. Ditambah pula dengan enjin A. I. Ultra-Clear, tiada lagi masalah pencahayaan seperti under-exposure dan over-exposure akan berlaku ketika anda mengambil gambar. Untuk gambar ‘selfie’ pula, beberapa solusi custom-made “beautification” untuk semua jenis pengguna turut sama disediakan. Memang semua gambar yang diambil dengan Oppo F11 Pro ini akan nampak professional sangat!!

  1. Hyper Boost.

Kalau anda semua nak tahu, feature Hyper Boost ini membolehkan anda bermain permainan mudah alih ataupun yang paling popular tue…PUBG dengan lebih lancar tanpa menjejaskan mutu permainan. Hyper Boost ini juga akan memastikan smartphone anda tidak “overheat”. Battery pun tahan, phone pun tak panas, nak apa lagi kan?

  1. Rekabentuk mengikut tema

 Cuba tengok rekabentuk smartphone nie? Ada rupa macam lambang Captain America tak? Oppo F11 Pro edisi khas ini diinsipirasikan dari semua watak-watak dalam cerita Avengers End Game nie. Siap ikut tema warna biru dan merah Captain America, baru la sedondon dengan suit dia.

Kotak Edisi Khas

 Untuk menambahkan lagi keterujaan bakal pemilik OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition ini, telefon pintar ini turut didatangkan dengan kotak edisi khas dengan logo Avengers klasik dicetak padanya.  Selain itu, untuk lebih ketahanan dan keselamatan, ‘casin g’ Captain America yang diinspirasikan daripada perisai Captain America akan turut diberikan. ‘Casing’ ini juga  boleh digunakan sebagai ‘phone stand holder’. Ok, persoalannya, berapa harga OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition nie? RM1399 je kot! Memang berbaloi, siap limited edition. Tahun depan takda lagi dah.

Last but not least, setiap pembelian OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition akan turut menerima “stamp collector’s badge” sebagai tanda anda adalah peminat setia Avengers. Memang sesuai sangat kepada mereka yang ingin menyimpan dan memiliki segalanya yang berkaitan dengan filem keluaran Marvel ini.

Sekali lagi diingatkan, OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition ini telah pun dilancarkan pada 24 April ini ketika tayangan perdana filem Avengers:Endgame bertempat di TGV Sunway Velocity pada jam 9 pagi. Jadi sekiranya anda peminat Avengers, bolehlah ke laman web ini http://bit.ly/2Xa2ii7 untuk maklumat lanjut. Selamat menonton dan selamat menjadi sebahagian daripada Avengers dengan memiliki OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...