“Gabungan Keanggunan Batik Dan Keganasan Venom Cipta Sesuatu Yang Berbeza” – Sony Pictures Puji Rekaan Arif Rafhan

Kehidupan

“Gabungan Keanggunan Batik Dan Keganasan Venom  Cipta Sesuatu Yang Berbeza” – Sony Pictures Puji Rekaan Arif Rafhan

Baru-baru ini, seorang artis profesional tempatan, Arif Rafhan telah memuat naik karya batiknya di aplikasi X yang bertajuk “Venom Batik”.

Karya tersebut telah dihasilkan bersempena dengan tayangan filem Venom The Last Dance yang akan ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di aplikasi yang sama, Sony Pictures Malaysia telah memuji karya tersebut dibuat dengan sempurna.

Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi Batik yang menakjubkan.

 

Gabungan Keanggunan Batik Dan Keganasan Venom Cipta Sesuatu Yang Berbeza.

Selain dua karya ‘Venom Batik’ itu, Sony Pictures turut memuat naik satu video yang memaparkan visual Venom bersama Eddie Brock yang dilakonkan oleh Tom Hardy.

Sony Pictures mengucapkan terima kasih kepada Arif Rafhan kerana telah mereka satu karya yang cukup menakjubkan.

Tahniah diucapkan kepada Arif Rafhan kerana telah berjaya membawa Batik Malaysia ke persada antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

pramugari dedah jemaah haji tinggal barang dalam kapal
2 months ago

Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Penerbangan Hantar Jemaah Haji - “Diorang Tinggal ‘Barang’ Dalam Kapal”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...