Gabungan Bersama Digi Mungkin Diteruskan Selepas Khazanah Berhasrat Menjual Saham Axiata

Teknologi

Gabungan Bersama Digi Mungkin Diteruskan Selepas Khazanah Berhasrat Menjual Saham Axiata

Pada tahun lalu, satu perbincangan melibatkan RM52 billion tentang penggabungan syarikat induk Celcom dan Digi dijalankan. Axiata dan Telenor selaku syarikat induk kepada dua telekomunikasi ini berbincang untuk bergabung sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Namun perbincangan itu tidak berjaya menemui kata sepakat diantara kedua-dua syarikat dan rancangan itu dihentikan pada September tahun lalu. Terdapat beberapa isu dan perkara yang tidak mencapat kata sepakat di dalam perbincangan itu.

Advertisement

Beberapa bulan berlalu, perbincangan kembali diteruskan apabila Khazanah selaku pemegang saham terbesar Axiata, berhasrat ingin menjual saham dimiliki mereka.

Langkah dari Khazanah ini sudah pastinya memberikan ‘lampu hijau’ untuk kedua-dua syarikat ini bergabung dan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi paling dinantikan di Malaysia.

Walaupun perbincangan ini belum mencapai kata putus, namun hasrat Khazanah ingin menjual saham Axiata sedikit sebanyak akan mempengaruhi perbincangan di antara kedua-dua syarikat. Pada September lalu, rundingan di antara kedua syarikat menemui jalan buntu selepas timbul beberapa kerumitan berkaitan aset telekomunikasi dan infrastruktur di Asia.

Artikel berkaitan: Axiata Akhiri Rundingan Untuk Bergabung Dengan Telenor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...