Sekarang sedang heboh di media sosial, satu keratan gambar yang memaparkan beberapa perkataan iaitu “Gabi”, “Kudapan”, “Cicipan” dan “Merarau”, yang dipercayai orang ramai bakal menggantikan beberapa perkataan dalam bahasa melayu. Korang rasa sesuai tak?
Keratan gambar itu tersebar di media sosial Twitter dan Facebook.
Laman Facebook The Patriots pula mengatakan antara perkataan baru itu diambil dari bahasa Iban.
“DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain“, tulis akaun tersebut.
Setelah diteliti di laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), beberapa perkataan yang tersebar sebenarnya sudah berada dalam pangkalan data DBP.
Apa pun, jika benar perkataan-perkataan ini akan digunakan, sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak bertanggungjawab untuk memperkayakan bahasa kita.
Jom Merarau semua!!