Gabenor Baru Bank Negara Diumumkan, Datuk Muhammad Ibrahim Dipilih Untuk Tempoh 5 Tahun

Trending

Gabenor Baru Bank Negara Diumumkan, Datuk Muhammad Ibrahim Dipilih Untuk Tempoh 5 Tahun

1Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi dalam satu kenyataan mengumumkan Datuk Muhammad Ibrahim dilantik dan dipilih sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016.
Perlantikan berkenaan atas nasihat Perdana Menteri itu telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau yakin bahawa kepimpinan Datuk Muhammad Ibrahim di mana beliau akan meneruskan sumbangan dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan padangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

“Beliau juga akan mentadbir dasar monetari dan mengawalselia industri kewangan negara termasuk meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” kata Perdan menteri dalam kenyataan akhbarnya dipetik dari Sarawak Edition.

Advertisement

Datuk Muhammad Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara yang telah disandang sejak 2010 di mana beliau merupakan pemegang sijil sarjana dari Universiti Harvard

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...