G-Shock, jenama jam tangan yang tidak perlu diperkenalkan lagi dengan memiliki ciri jam tangan pintar sudah cukup membuatkan anda rasa terpegun dengan reka bentuk yang dikeluarkan. Kini, G-Shock tampil sekali lagi dengan jam tangan pintar model GDB-H100. Ciri-ciri yang ditambah baik dalam model ini mampu bersaing dengan jenama jam tangan pintar lain yang berada di pasaran.
Hadir dengan 5 fungsi sensor untuk memantau degupan jantung, mengukur altitud, kompas digital, penunjuk suhu, pengiraan langkah dan pengiraan jarak perjalanan yang telah dilalui.
Jam tangan pintar ini juga dipasang dengan fungsi GPS untuk mengetahui informasi lokasi pemakai.
Maklumat yang dicatat di dalam jam tangan pintar ini dapat diakses secara terus menerusi telefon pintar. Isian bateri boleh dilakukan melalui solar sekiranya pemakai tidak mahu mengecas menggunakan port USB.
Jika Mod Training digunakan sekali dengan GPS serta fungsi pemantauan degupan jantung mampu dikuasakan sehingga 14 jam. Mod Time pula termasuk dalam fungsi kiraan langkah dan notifikasi mampu memberikan nyawa sehingga 12 bulan.
GBD-H1000 dilengkapi dengan ciri ketahanan air sedalam hampir 200 meter. Warna yang ditawarkan ialah hitam putih, hitam, merah dana hitam merah. Harga pasaran global belum mampu diketahui namun menurut sumber model ini dijual pada harga 50,000 yen di pasaran Jepun. Harga ini mewakili RM1938 mengikut tukaran mata asing semasa.