G-Shock Emas 18 Karat RM305,000 Hanya Ada 35 Unit Di Dunia!

Fesyen

G-Shock Emas 18 Karat RM305,000 Hanya Ada 35 Unit Di Dunia!

Bagi peminat jam G-Shock pasti anda semua tidak sabar untuk melihat koleksi terbaru mereka iaitu  G-Shock G-D5000-9 (G-D5000-9JR) emas 18 karat yang bernilai RM305,000.

Bagi anda yang berminat, pesanan sudah dibuka sejak 15 Mei lepas di Jepun dan empat negara lain iaitu Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Dubai.

Advertisement

Nampaknya empat negara ini dan Jepun adalah satu-satunya tempat di mana jam tangan itu akan dijual.

Menurut laman web G-Shock, tempahan untuk mendapatkan jam mewah itu hanya boleh dibuat di butik G-Shock terpilih di Jepun dan 4 buah negara terpilih bermula 15 Mei lalu.

Selain daripada stokis di 4 buah negara ini, G-Shock tidak mempunyai rancangan jualan di negara lain.

Advertisement

G-Shock G-D5000-9 dijual dengan edisi terhad sebanyak 35 unit di seluruh dunia sempena ulang tahun yang ke-35.

Jadi pada yang mampu, anda boleh dapatkan jam G-Shock kegemaran ini dengan segera.

Sumber: G-Central

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...