Penyanyi dan personaliti media sosial, Fynn Jamal berkongsi pandangan mengenai isu peningkatan kes masalah rumah tangga di Malaysia yang semakin membimbangkan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Fynn menyuarakan kebimbangan terhadap situasi semasa yang memperlihatkan bagaimana perkahwinan kini seolah-solah menjadi satu asbab kebanyakan anak muda terutamanya wanita takut untuk mendirikan rumah tangga.
Kata Fynn, platform media sosial yang ada pada zaman sekarang membuatkan isu tersebut tersebar dengan meluas.
Zaman dulu ramai juga cerai-berai, suami toksik, isteri tersakiti, suami dayus, isteri nusyuz.
Bezanya dulu mass media cuma tv, radio dan media cetak (terbatas). Sekarang semua orang ada media, penyebaran kisah lebih pantas.
Jangan terburu-buru buat keputusan
Oleh itu, tidak mustahil jik generasi kini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan dan perspektif mereka terutamanya dalam membuat keputusan.
Dalam pada itu, penyanyi itu turut mengingatkan agar golongan muda pada masa kita untuk tidak terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan, terutamanya soal perkahwinan.
Dia juga berpesan untuk tidak menjadikan penceraian atau berlaku curang pada pasangan sebagai pilihan pertama semata-mata mahu keluar daripada masalah.
Apa pun, jangan layan talbis iblis ni. Ibadah paling syaitan benci adalah perkahwinan yang halal. Dia akan buat kita benci institusi kekeluargaan, supaya kita jadi makhluk yang aimless dalam hidup.
Kuat semangat, takpe tak terburu berpasangan. Nak pakai baju setiap pagi pun kita lama pilih kan?
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.