February 10th, 2020

Umum mengetahui, penyanyi Fynn Jamal seorang yang lantang bersuara  dan sering memberi pendapat peribadinya di media sosial. Membawakan imej muslimah sejati, tidak dinafikan dia sering dijadikan sebagai tempat rujukan atau “role model” bagi remaja yang sedang meningkat naik.

fynn jamal kasar

Namun, respon Fynn terhadap seorang remaja perempuan dengan memberikan nasihat secara kasar dan sarkastik hangat diperkatakan di media sosial.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu tidak sopan kerana menggelarkan individu itu kurang cerdik selepas mengadu dirinya dikongkong ibu bapa.

“Dah la tidak cerdik, degil pula” – Fynn Jamal

fynn jamal kasar remaja bermasalah fynn jamal kasar remaja bermasalah fynn jamal kasar remaja bermasalah

Menerusi DM di Instagram,  remaja tersebut meluahkan rasa tersepit dalam situasi di mana dia terlalu dikongkong oleh ibu bapanya dan terpaksa menipu untuk keluar bersama rakan-rakan. Bagaimanapun, respon Fynn amat mengejutkan. Bukan sahaja kasar tetapi seakan menghina individu itu.

Tahu-tahu dah kena block

fynn jamal kasar remaja bermasalah fynn jamal

Nasihat Fynn kasar dan toksik

fynn jamal nasihat kasar fynn jamal nasihat kasar fynn jamal nasihat kasar fynn jamal nasihat kasar fynn jamal nasihat kasar

Rata-rata netizen menganggap respon Fynn itu tidak beradab. Nasihat kasar penuh sindiran tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah dan mungkin akan menambahkan tekanan kepada remaja tersebut.

Macam-macam reaksi daripada netizen, sejujurnya memang nasihat Fynn itu agak kasar dan mungkin boleh cuba cara yang lebih lembut untuk menjawab soalan di Instagram. Memanglah kita ada pendirian sendiri tetapi apa salahnya kalau jawab dengan lebih berhemah. Apa-apa pun, selalu rujuk pada mereka yang lebih arif dalam sesuatu perkara dan  bukan seorang Instafamous yang berpakaian dan tampil alim.


13 responses to “Fynn Jamal Dikecam Beri Nasihat Kasar Kepada Remaja Bermasalah”

  1. Noni says:

    Adoiii aiiii….ramai2 org…boleh pulak tanya pendapat si Fynn Jamal yg tah apa2 tu….yang tah mana2 blajar agama

    Apa yg spesel sgt si Fynn nih?
    Haihh…tak paham

  2. Anonymous says:

    padan muka budak tu. macam takda org lain nak rujuk hahaha

  3. Minah says:

    Fynn jamal ni dl pun dh kena kecam isu agama yg ntah dr mn rujukkannya.. sng cita dia rs dia bgus la.. aku dr dl x mnat dia ni, stat dia berpurdah dan mkin mnjadi blagak ilmu . respect motivate yg lain jauh lbih dulu makan garam. Dato FMK relek je skolah kan org.. elok je penerimaan org, sbb apa, dia bg nasihat mcm bckap dgn anak2, kawan2. .

Loading...