Di sebalik kekalutan di antara penyanyi Noh Hujan dan bekas isteri, Mizz Nina berkenaan hak penjagaan anak angkat mereka iaitu Musa, muncul pula ‘watak’ lain Fynn Jamal yang mendakwa dia tahu ‘kisah sebenar’ di sebalik perebutan itu.
Sebelum ini, penyanyi Fynn Jamal ada meninggalkan komen berbaur ‘kontroversi’ di sebuah video wawancara membabitkan suami Mizz Nina, Essam di sebuah portal.
Tulis Fynn, dia tahu apa yang sebenarnya terjadi mengenai isu anak angkat kedua-dua selebriti itu.
Tampil memberi respon mengenai komen tersebut, Noh ada membuat hantaran di Instagram Story miliknya sekaligus mengundang tanda tanya terhadap peminat yang mengikuti kes ini.
Sekali imbas, Noh seolah-olah mempertahankan tindakan Fynn Jamal dan menyatakan kebenaran sudahpun ‘keluar’.
Terdahulu, Noh dan Fynn Jamal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi proses undang-undang hak penjagaan anak angkat mereka iaitu Musa yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini.