Fuyoo. Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut Abang Nara apabila melihat laman web Fuyoo ini. Design yang simple, navigasi yang mudah dan paling penting, konsep yang sangat-sangat awesome.
Untuk penerangan mengenai konsep Fuyoo, Abang Nara bawakan satu contoh kepada anda. Katakan Abang Nara nak beli iPad2 second hand. Sebelum adanya Fuyoo, Abang Nara akan terpaksa surf forum, buat google search, atau pun bertanya kepada rakan-rakan. Namun dengan Fuyoo, Abang Nara cuma perlu tulis yang Abang Nara mahu beli iPad2 second hand. Siap boleh letak bajet berapa ringgit lagi.
Menarik kan? Memang sangat-sangat memudahkan pengguna. Kenapalah Abang Nara tak pernah terfikir konsep yang seawesome ini. Bukan sahaja barang-barang elektronik, perkhidmatan seperti design website, penulis, pereka pelan rumah dan macam-macam lagi boleh diiklankan di Fuyoo. Antara yang telah diiklankan ialah:-
Pendaftaran amat mudah kerana Fuyoo menggunakan Facebook Connect. Takkanlah korang tak ada Facebook kan? Dan bersempena dengan pembukaan laman web yang mantap ini, Fuyoo kini menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk mereka yang paling kreatif. Anda cuma perlu LIKE Facebook Fuyoo, tulis apa yang anda mahukan sekreatif mungkin dan tunggu nama anda diumumkan sebagai pemenang.
So tunggu apa lagi? Kalau anda ada sesuatu yang anda inginkan hari ini, pastikan anda melawat Fuyoo untuk mendapatkan sesuatu itu dengan pantas, mudah dan di dalam bajet anda.