‘Fun Run’ 5KM Tapi Tiada Air, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa – “End Up Setiap Check Point Kuih Muih, I Nak Air!”

Kehidupan

‘Fun Run’ 5KM Tapi Tiada Air, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa – “End Up Setiap Check Point Kuih Muih, I Nak Air!”

Melalui platform X, baru-baru ini, terdapat satu ciapan memaparkan video seorang wanita yang menyertai acara larian meluahkan rasa kecewa kerana tidak diberi air.

Wanita berang ‘fun run’ tak sediakan air, hanya sediakan kuih muih

Wanita terbabit mengadu, sepanjang dirinya berlari selama 5km, hanya ada satu ‘pit stop’ yang menyediakan air dan selainnya adalah kuih-muih seperti kuih lapis, karipap, kuih keria dan banyak lagi.

Advertisement

I tak tahu lah dia nak bagi harapan palsu ke, motivate dekat I ke? Sepanjang I run, I nak air tau tapi orang sekeliling I tak habis kata ‘air kat depan, air kat depan’.

Biarpun ada satu ‘pit stop’ memberi air tetapi wanita itu masih tidak berpuas hati kerana dia tidak mendapat air mineral sejuk tetapi hanya diberi air vitamin.

Ada setuju dan ada yang tidak setuju

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam wanita terbabit yang memperbesarkan hal yang tidak sepatutnya tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan kata-kata wanita itu benar biarpun hanya sekadar ‘fun run’ 5km.

komen

OKU berkerusi roda turun naik tangga, lif flat rosak
4 weeks ago

Penduduk Berkerusi Roda Terpaksa Mengesot Turun Naik Tangga, Lif Flat Di Kepong Asyik Rosak & Tak Berfungsi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...