‘Full Moon Beach Party’, Penganjur Batalkan Pesta

Trending

‘Full Moon Beach Party’, Penganjur Batalkan Pesta

full-moon-party1Penganjur telah membatalkan pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian selama dua hari yang sepatutnya bermula malam tadi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Zainal Abidin Mohamed berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya tidak membenarkan sebarang aktiviti hiburan melampau diadakan di negeri itu.

Advertisement

“Selepas kita (Majlis Daerah Besut) dan pihak polis keluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang pesta di (Pulau Perhentian) mereka (penganjur) tidak meneruskan pesta tersebut yang sepatutnya bermula malam tadi,” lapor portal FMT.

Zainal berkata, pihaknya membantu polis melakukan siasatan berhubung rancangan penganjuran aktiviti itu.

“Dalam siasatan ini pihak polis yang akan mengetuai siasatan dan kita akan turut membantu,” katanya.

Zainal sekali lagi menegaskan pihaknya tidak penah membenarkan mana-mana penganjur untuk melakukan aktiviti hiburan melampau di Pulau Perhentian.

“Kita tidak pernah membenarkan sebarang permit dan dari awal lagi kita sudah katakan bahawa kita tidak pernah keluarkan sebarang permit untuk aktiviti berkenaan, malah selepas ini kita akan melakukan pemantauan di pulau-pulau bagi mengawal gejala yang tidak senonoh dilakukan,” katanya.

Penganjuran pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian Kecil dirancang diadakan pada 19 dan 20 April, namun rancangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak kerana tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.