Fuji Kindergarten merupakan hasil ciptaan Tezuka Architects yang diuruskan oleh pasangan suami isteri takaharu dan yui tezuka. Rekaan tadikan ini telah memenangi anugerah 2017 Moriyama RAIC International. Tadika ini direka dengan ruang bermain yang luas diatasnya dan mampu menampung seramai 600 kanak kanak. Ianya direka khas untuk kanak kanak bermain dan melibatkan diri dengan aktiviti luar. Ia dilengkapi dengan bumbung terbuka, pejabat, kelas dan bilik sokongan untuk pembelajaran kanak kanak. Apa yang menarik, bumbung terbuka yang direka khas di atas sekolah ini juga membawakan konsep tanam untuk memberikan suasana semulajadi kepada kanak kanak.
Sumber: DesignBoom