Fuh! Lagenda Bola Sepak Dan Model David Beckham Bakal Buat Kemunculan Di TRX Exchange Petang Ini

Gaya Hidup

Fuh! Lagenda Bola Sepak Dan Model David Beckham Bakal Buat Kemunculan Di TRX Exchange Petang Ini

Lagenda bola sepak terkenal, David Beckham dikhabarkan sudah berada di Malaysia bagi menjayakan sesi bersama pemegang keahlian adiclub terpilih bertempat di pusat beli belah The Exchange TRX jam enam petang hari ini.

Suami kepada model dan penyanyi terkenal Hollywood Victoria Beckham ini juga ada meluahkan rasa kagum dengan keindahan bandar raya Kuala Lumpur.

Advertisement

Kini berada di Kuala Lumpur

Dia meluahkan rasa keterujaan itu apabila berkongsi foto memaparkan dirinya berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Instagram.

Difahamkan, David akan membuat kemunculan istimewa dalam sesi tersebut bersempena majlis World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak keluaran Adidas.

David sebelum ini telah melakukan ‘tour’ di Thailand dan Korea Selatan bersama bintang-bintang terkemuka di sana.

Turut ditemani bintang K-pop dan pelakon Thailand

Sebelum ini, pemain bola sepak antarabangsa itu pernah singgah di Kuala Lumpur apabila dia dilaporkan berada di Pavilion sekitar September 2017.

Pada tahun 2014, David turut berada di lokasi yang sama bagi meraikan sambutan ulang tahun sebuah jam jenama mewah.

Untuk kemunculan di TRX Exchange hari ini, David bakal ditemani ramai selebriti Asia termasuklah bintang K-Pop, Kim Yug Yeom dan pelakon Thailand, Nano Korapat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Miss japan
8 months ago

"Di Mana 'Jepunnya'?" - Model Berasal Dari Ukraine Dinobatkan Sebagai Miss Japan, Mengundang Pelbagai Respon Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...