‘Frontliners’ Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Bakal Terima Suntikan Vaksin Fasa Pertama

COVID-19

‘Frontliners’ Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Bakal Terima Suntikan Vaksin Fasa Pertama

Kira-kira lebih 2,000 petugas barisan hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akan menerima suntikan vaksin untuk fasa pertama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata kesemua petugas terbabit boleh mendapatkan suntikan itu di mana-mana pusat kesihatan dan hospital.

Advertisement

Katanya, ketika ini segala persediaan berjalan lancar termasuk dari segi logistik bagi memastikan vaksin sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Pemberian vaksin ini perlu melalui kaedah yang betul, ia perlu disimpan pada suhu -80 darjah celcius untuk bertahan dalam jangka masa panjang”

“Di Kedah, vaksin ini akan disimpan di stor negeri yang mempunyai suhu -80 darjah celsius terlebih dulu sebelum suntikan diberikan kepada penerima. Hal logistik antara perkara yang amat diberi perhatian kerana kita tak mahu vaksin itu rosak akibat perubahan suhu” 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima taklimat berhubung ujian klinikal vaksin COVID-19 di HSB di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah HSB, Dr Zaiton Udin dan pakar perunding perubatan hospital berkenaan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Gambar Hiasan

Pun begitu, media sebelum ini melaporkan bahawa bekalan vaksin COVID-19 fasa pertama yang dibeli kerajaan daripada syarikat farmaseutikal Pfizer dijangka tiba di Malaysia pada 26 Februari nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata sebaik tiba di pintu masuk negara, vaksin itu akan diagihkan kepada negeri-negeri sebelum ia disuntik kepada penerima.

Dalam perkembangan lain Dr Mohd Hayati, berkata individu sukarelawan yang menjalani ujian klinikal vaksin di negeri ini kini berada dalam keadaan baik tanpa berdepan sebarang masalah.

“Saya tak boleh dedahkan butirannya termasuk berapa ramai yang mengikuti ujian berkenaan kerana perkara itu menyalahi etika perubatan”

Pun begitu, bersandarkan laporan diterima, kita menerima maklum balas yang cukup baik dari semua pihak dan tiada kesan yang tidak menggembirakan daripada ujian dijalankan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...