Frontliners Akhirnya Sah Suami Isteri Selepas Kali Pertama Bertemu Di Pusat Kuarantin

Trending

Frontliners Akhirnya Sah Suami Isteri Selepas Kali Pertama Bertemu Di Pusat Kuarantin

Banyak yang kita semua lalui sepanjang 1 tahun hidup bersama Covid-19. Disebalik kisah sedih yang kita dapat dengar dan lihat, kami nak kongsikan pula kisah gembira pasangan frontliners ini.

Siapa sangka Covid-19 telah menyatukan mereka sehingga ke jinjang pelamin? Inilah kisah yang dilalui Pija dan Azwa yang akhirnya sah bergelar suami isteri sejak pertama kali berjumpa di pusat kuarantin.

Advertisement

Kisah mereka telah dikongsikan seorang jurugambar Taufiq Noor di Facebook miliknya.

Pakai PPE tengah panas terik masa photoshoot

Mereka bertemu dan berkenalan di pusat kuaritin covid 19 pada awal kes covid landa malaysia, memang kental diaorang ni.

Yang aku respect masa shoot pakai baju PPE ni pukul 12-1.30 petang memang tengah panas terik siot, tapi diaorang sporting dan cakap dah biasa pakai baju PPE, dah biasa mandi peluh.

Nak jadikan kenangan pakai baju PPE

Aku pakai baju biasa pun berpeluh-peluh masa shoot. Diaorang memang nak sangat buat kenangan pakai baju PPE ni. – Kongsi Taufiq.

Semoga Pija dan Azwa bahagia hingga ke anak cucu hendaknya. Comel je tengok dua frontliners kita ni pakai PPE untuk gambar kahwin.

Untuk yang masih bujang tu jangan putus harapan, Covid-19 melanda bukan bermakna korang akan single selamanya, kah!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...