Frontliner Rebah Ketika Bertugas, Merayu Minta Orang Ramai Tidak Keluar Rumah Jika Tiada Urusan

Kehidupan

Frontliner Rebah Ketika Bertugas, Merayu Minta Orang Ramai Tidak Keluar Rumah Jika Tiada Urusan

Tugas sebagai petugas barisan hadapan bukanlah sesuatu yang mudah ketika ini ditambah pula ketika bulan Ramadan ini. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei lalu sedikit sebanyak menaikkan kebimbangan ramai mengenai kluster terbaru.

Bermula 4 Mei lalu, hampir semua sektor ekonomi kembali dibuka dengan SOP yang perlu diikuti semua pihak. Kini tanggungjawab individu sangat penting bagi memastikan tiadanya kes terbaru jangkitan COVID-19. Sekaligus ianya boleh memberikan bebanan lebih kepada petugas kesihatan di hospital.

Advertisement

frontliner rebah

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang petugas perubatan berkongsi bagaimana dia dan lima petugas yang lain rebah ketika bertugas. Oleh kerana perlu memakai PPE dalam tempoh yang lama, sedikit sebanyak ianya telah memberikan kesan strok haba kepada mereka.

“6 orang teletubies putih dah tumbang termasuk aku. Panas beb pakai PPE sumpah tak tipu. Macam nak pitam.”

Dia turut meminta orang ramai sekiranya tiada urusan penting untuk tidak keluar daripada rumah. Walaupun PKPB kini membenarkan orang ramai keluar dengan sedikit kelonggaran, amat penting untuk rakyat peka dan amalkan tahap kebersihan yang tinggi.

“Mohon sangat-sangat kalau tak ada urusan penting, jangan keluar. Kerapkan basuh tangan. Please. Mintak sangat-sangat.”

data kkmBerdasarkan data terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, daripada 30 kes baharu positif COVID-19, tiada kes import dilaporkan. 21 daripada jumlah tersebut dikesan dari kluster dan PKPD manakala 9 lagi dikesan dari lain-lain kes tempatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...