Freedom Flotilla : Sembilan Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di KLIA

Hiburan

Freedom Flotilla : Sembilan Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di KLIA

Sembilan delegasi Malaysia yang menyertai misi pelayaran pelayaran Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) selamat tiba di tanah air.

Terdahulu, pesawat yang membawa kesemua rakyat Malaysia itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.55 petang.

Advertisement

Sembilan aktivis Malaysia menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) bagi menghantar bantuan ke Palestin.

Mereka berlepas menuju Gaza tetapi ditahan oleh tentera Israel sebelum dibebaskan dan selamat tiba di Istanbul, Turkiye, baru-baru ini.

Antara yang terlibat termasuk wartawan Astro Awani, Syaff Sukri, yang menceritakan pengalaman ditahan dan dilayan buruk oleh tentera Israel — hanya diberi sedikit makanan dan air paip, serta menggambarkan tentera IDF sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Walaupun berdepan ancaman dan tekanan, semua aktivis dilaporkan selamat dan terus menyeru masyarakat dunia tidak melupakan penderitaan rakyat Gaza. – Buletin TV3

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 FFC selamat tiba di Istanbul
2025-10-10 20:55:25

Sembilan Aktivis Malaysia Dalam Misi Freedom Flotilla Selamat Tiba Di Istanbul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...