Frasa Dah Tak Relevan Lagi, Ibu Bapa Perlu Guna Inisiatif Ini Ketika Mendidik Anak.

Trending

Frasa Dah Tak Relevan Lagi, Ibu Bapa Perlu Guna Inisiatif Ini Ketika Mendidik Anak.

Beberapa tahun kebelakangan ini, macam-macam kes yang tak elok berlaku kepada kanak-kanak. Nauzubulillah. Ibu bapa sekarang ni penat ajar macam-macam untuk pastikan anak mereka selamat. Salah satunya, anak-anak di ajar untuk tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali!

Advertisement

Sedar atau tidak, kempen atau nasihat “Don’t Talk to Strangers” mengajar anak kita untuk takut kepada strangers! Ironinya, kes-kes yang berlaku kepada kanak-kanak dilakukan oleh orang yang DIKENALI..!!

Contohnya di Malaysia sendiri, statistik 10 tahun sehingga 2015, untuk masalah penderaan seksual 91% daripada pemangsa terdiri daripada orang yang kanak-kanak itu kenal. Belum lagi kes-kes lain seperti culik, buli dan sebagainya.

Sebab itu, ibu bapa terlupa kaedah “Don’t Talk to Strangers” ini hanya mengajar si kecil benda yang jangan buat, dan terlupa nak ajar apa yang perlu dibuat.

Contohnya begini, sedang elok si anak bermain di playground, ada stranger mendekati mereka dan tanya soalan-soalan yang tidak ‘terancam’ (ya, saya tahu orang jahat pun tidak akan tanya soalan yang menakutkan kepada kanak-kanak at first).

Jadi, apa yang anak anda akan lakukan? Mereka diajar untuk tidak bercakap dengan strangers, dan dalam pada masa yang sama mereka diajar untuk menghormati orang tua! Benar, mereka akan keliru. Mereka keliru dengan rules yang ibu bapa tetapkan.

Saranan utama Prof. Hamby dalam kajian meluasnya mengatakan nasihat “Don’t Talk to Strangers” adalah nasihat yang tidak efektif. Dan berhentilah guna kata hikmah “Don’t Talk to Strangers”. Sebabnya?

a. Arahan tak jelas

Strangers itu siapa? Doktor, cikgu yang kali pertama hantar ke sekolah, saudara mara yang jumpa setahun sekali, polis atau orang tua yang jumpa mereka jika tersesat. Mereka ini ialah golongan ‘helpers’.

Juga, kanak-kanak simply assume kalau dah tahu nama orang tu, maka orang tu bukan strangers lagi. Contohnya, pakcik driver bus, makcik goreng pisang etc. Maka, ia tak jelas. Siapa strangers yang sebenarnya?

b. Tidak jadi ‘role model’ terbaik

Kita tak jadi role model yang terbaik, sebabnya sebagai orang dewasa kita akan bercakap dengan strangers setiap hari untuk survive!

c. Bukan majoriti orang tidak dikenali

Ingat, majoriti orang yang menjadi pemangsa kepada kanak-kanak BUKANlah terdiri daripada orang yang strangers!

Jadi, apa yang sesuai dilakukan dan diajar kepada kanak-kanak berbanding “Don’t Talk to Strangers”?

1. Tukar instruction

Ajar anak apa yang perlu mereka buat tentang safety skill melalui game atau soalan ‘What if..’ / ‘Kalau ada orang..’

Contohnya, kalau ada orang tak kenal minta tolong cari kucing hilang, kunci hilang, bagi aiskrim atau gula-gula… “What would you do?” atau “Apa yang akan si anak buat..?

Dengar jawapan anak-anak untuk kali pertama. Ibu bapa perlu expect dan jangan overreact jika mereka jawab salah. Yelah, budak mana tak suka aiskrim dan gula-gula. Kanak-kanak pun sangat naif dan suka menolong.

Maka, di sinilah waktu terbaik untuk mengajar mereka cara yang selamat dan bijak. Teringat saya satu video kanak-kanak Korea di ajar untuk bercakap NO jika berdepan dengan situasi begini.

Ajar mereka untuk berkata tidak.

Minta tolong kepada orang dewasa, bukannya kanak-kanak. Tak perlu berborak panjang. Jauhkan diri dan pergi kepada orang yang dikenali. Ajar mereka, kena report kepada ibu bapa immediately (bila dah report, ibu bapa janganlah emosi tapi puji si anak kerana melakukan keputusan yang bijak).

Dan, ajar mereka untuk mencari mana-mana orang dewasa untuk menolong mereka jika mereka tersesat or jatuh luka. Ajar mereka untuk hafal ‘tolong cari ibu saya’ atau hafal nombor telefon. Macam saya cakap tadi, strangers juga kadangkala orang yang sangat diperlukan untuk membantu!

2. Perkembangan tidak menyeluruh

Perkembangan untuk si anak mengenali konsep strangers masih belum menyeluruh sehingga dewasa! Instead of ajar jangan itu jangan ini, kita tak bantu mereka untuk develop kemahiran yang proaktif. Kita hanya melahirkan kanak-kanak yang pengecut.

Jadi, ajar kepada mereka apa yang perlu dibuat. Pendekatan secara positif ini memberi impak yang baik kepada kehidupan si anak. Mereka akan menjadi lebih yakin, bertanggungjawab dan develop instinct dan intuition (gerak hati).

Menurut pakar sains psikologi, kanak-kanak seawal 3 tahun dah mampu untuk pegang amanah (sebab itu rules di ajar seawal ini, kerana mereka mampu ikut) dan bayi seawal 6 bulan dah boleh tahu which adult yang baik dan perlukan pertolongan. Sebab kalau kita pura-pura dalam kesusahan depan budak kecil, mereka akan datang tolong.

3. Set limits tentang tubuh badan

Ajar mereka The Underwear Rules.

Tempat-tempat yang tidak boleh di sentuh walaupun dengan orang yang dikenali. Bukan mengenai benda privates sahaja, jika mereka dibuli seperti ditolak dengan kuat, ajar mereka ada hak untuk berkata berhenti dan tidak.

Sebab itu budaya “Don’t Talk to Strangers” menjadikan masyarakat dipenuhi rasa takut sana sini. Sampaikan jiran dan saudara mara sendiri pun tak mahu bercakap.

Takutkan keselamatan anak-anak bermain di luar, maka biarkan mereka bermain di dalam rumah dengan gajet, games dan sebagainya. Ia hanya merencatkan perkembangan bermain anak yang sihat dan sifat mereka untuk meneroka.

Kadang-kadang kita pelik, kenapa negara lain boleh bebas biarkan anak mereka berjalan-jalan diluar, dan ulang-alik ke sekolah dengan sendiri. Orang jahat berada di mana-mana. Bukan kat negara kita sahaja.

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama stop untuk benda-benda yang tidak berkesan.

Kredit : Hazhari Ismail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...