November 2nd, 2015

Bakal menjadi ibu tidak lama lagi, Fouziah Gous telah menyiapkan segala persiapan bagi menyambut kelahiran anak sulungnya bersama suami Zafran Yusof.

Ketika mereka merencana untuk membuat majlis doa selamat,ada pula pihak yang  mahu menaja majlis sambut bayi ataupun lebih dikenali dengan baby shower. Walaubagaimanapun, jelas Fouziah beliau masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

Saya dan suami memang merancang untuk membuat doa selamat sahaja. Tetapi rezeki datang saat akhir apabila ada pihak yang menghubungi saya untuk menaja majlis ‘baby shower’ dan kita masih lagi dalam perbincangan mengenai perkara itu.

Kalau saya bersetuju pun tidaklah terlalu ikut dengan cara sana dan ia mungkin majlis ringkas selepas majlis doa selamat nanti.

Sebenarnya peminat pun tidak kisah jika ada baby shower ataupun tak apa yang penting Fouziah Gous dapat melalui proses bersalin dengan mudah dan kedua-dua ibu dan bayi nanti selamat. Baby shower ini lebih kepada trend sahaja.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...