August 2nd, 2015

Sudah hamil selama lima bulan dan bakal menimang cahaya mata sekitar bulan Disember depan, Fouziah Gous mengakui lebih gemar untuk membeli barangan bayi di luar negara berbanding di Malaysia kerana harganya yang dikatakan lebih murah selain kualiti lebih baik.

Walaubagaimanapun ia tidak bermakna beliau akan ke luar negara hanya kerana ingin membeli kelengkapan bayinya nanti.

Sebenarnya barangan bayi yang dijual di sana lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau kita lihat barangan bayi yang dijual di sini boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit mengikut jenama tertentu. Adakala, baju untuk bayi baru lahir sahaja sudah beratus ringgit.

Sebenarnya saya masih ramai kawan-kawan yang bertugas di sana, jadi saya decide untuk kirimkan kepada mereka sahaja.

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang persediaan, Fouziah hanya akan mula membeli sedikit demi sedikit mengikut usia kandungan beliau.

Semuanya masih awal bagi saya, jadi tidak perlu tergesa-gesa. Saya sendiri akan beli sedikit-sedikit mengikut usia kandungan ini. Apapun, barang-barang untuk newborn akan saya dahulukan. Rasanya saya lebih selesa membeli pakaian berwarna putih kerana ia sesuai untuk bayi perempuan atau lelaki.

Kalau mereka mampu apa salahnya untuk menyediakan kelengkapan bayi yang lebih berkualiti daripada luar negara. Namun, janganlah terlalu membazir ya.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...