Ketika video viral Iqram Dinzly yang tertekan dan berkelakuan pelik mula menjadi topik hangat media hampir setiap hari, ramai yang tertanya mengapa aktres Fouziah Gous tidak tampil memberikan kata-kata semangat buat rakannya itu? Iyalah, pada saat ini, Iqram pasti memerlukan sokongan agar tidak terus mengalami depresi seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Fouziah menerusi portal Harian Metro memberitahu beliau sebenarnya tidak tahu langsung mengenai perkembangan terkini Iqram kerana mereka sudah lama tidak berhubung.
Saya tidak membaca atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik.
Kenapa sampai jadi begitu? Mungkin kerana ayahnya meninggal dunia dan dia melayan perasaannya. Bila ada masa nanti, saya akan bertanya kepada kawan-kawan lain mengenai perkara itu.
Menurut aktres tersebut, beliau ada mengucapkan takziah kepada Iqram ketika ayahnya meninggal dunia pada 10 Oktober lalu. Fouziah yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua dan menjalani tempoh berpantang tidak mempunyai masa untuk mengetahui apa yang terjadi.
Harapnya selepas ini Fouziah dapatlah berhubung dengan Iqram kembali dan terus memberikan beliau kata-kata semangat. Kadang-kadang, sifat ambil berat seseorang rakan itu mampu mengubati segala duka.