‘Founder’ Produk Kecantikan Cium Bibir Budak Lelaki Kini Diburu Polis

Trending

‘Founder’ Produk Kecantikan Cium Bibir Budak Lelaki Kini Diburu Polis

Baru-baru ini telah tersebar video dan gambar menunjukkan seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan mencium mulut seorang kanak-kanak lelaki.

Perkara ini turut mendatangkan kemarahan netizen kerana perbuatannya itu tidak wajar. 

Bertindak pantas dengan perkara ini, pihak polis memaklumkan sedang mengesan pengasas terbabit untuk disiasat bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Advertisement

“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan”. – Kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan kepada Harian Metro.

Lelaki itu sebelum ini turut mendakwa kanak-kanak lelaki terbabit adalah adik angkatnya dan mencium bibir sudah biasa dilakukan dalam keluarganya untuk menunjukkan kasih sayang.

Video yang dikongsikannya di TikTok itu bagaimanapun sudah dipadam tetapi masih tersebar.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...