Video dikongsikan seorang pengasas produk kecantikan meraih perhatian ramai pengguna TikTok selepas dia menunjukkan hadiah yang diberikan kepada suami tercinta sempena hari lahirnya.
Menerusi rakaman itu, suaminya dilihat gembira selepas dihadiahkan sejambak besar gubahan wang tunai diberikan oleh Nia Syaqiera Sabri.
Kata Nia, nilai wang tunai diberikan berjumlah RM31,000 dan merupakan simbolik umur suaminya, Mohamad Rahim yang berusia 31 tahun pada 18 Januari lalu.
Tambahnya, keinginan untuk menghadiahkan jambangan wang tunai buat suaminya sudah tercetus sejak tahun lepas selepas dia memberikan hadiah replika cek bernilai RM18,194 simbolik tarikh lahir dan tahun kelahirannya.
Selepas ulang tahun kelahiran suami tahun lalu, saya terus kumpul duit kerana sudah simpan niat nak berinya hadiah gubahan wang tunai pula.
Meskipun menerima puluhan ribu ringgit, Mohamad Rahim tidak berkira dan telah RM1,000 kepada lapan kakitangan selain turut beri semula kepada isteri dan ibu mentuanya.
Bagi saya, wang tunai pemberian itu memang banyak… tapi nilai itu tidak terbanding dengan pengorbanan suami yang jauh lebih besar sejak kami sah menjadi suami isteri hingga sekarang.
Antara yang tidak dapat dilupakan adalah kesungguhan suami untuk bernikah dengannya dua bulan selepas pemergian bapa pada tahun 2016. Ketika itu, mereka terpaksa ‘nikah gantung’ kerana ketiadaan wang.
Selain itu, suami juga bantu saya dan mama (Faridah Wahab, 61) menjaga abang orang kelainan upaya (OKU) (Shafiq Alami Sabri, 38) yang tinggal bersama kami. Bagi saya, susah nak jumpa lelaki begitu sekarang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.