Foundation+Skincare VIRAL! Kami Cuba Noutriwear+ Liquid Foundation Dari Y.O.U Beauty. Terus Flawless Wajah!

Branded

Foundation+Skincare VIRAL! Kami Cuba Noutriwear+ Liquid Foundation Dari Y.O.U Beauty. Terus Flawless Wajah!

Menjadi seorang perempuan, produk kecantikan yang wajib ada semestinya foundation. Dengan foundation ni, segala cela di wajah dapat dilindungi dan memberikan keyakinan kepada si pemakai. 

Tapi anda tau tak, sebenarnya tak mudah tau nak pilih foundation yang ‘ngam’ dengan kulit wajah. Sebab ada yang tak tahan lama dan ada pula yang tak berikan full coverage. Korang tak perlu risau, kali ni kami nak kongsikan honest review menggunakan satu produk dari jenama Y.O.U Beauty iaitu Noutriwear+ Liquid Foundation. 

Kami tertarik nak cuba Noutriwear+ Liquid Foundation sebab ia mempunyai skincare yang dapat membantu memulihkan kulit wajah bermasalah tau. Ni kami kongsikan apa yang membuatkan Noutriwear+ Liquid Foundation berbeza berbanding produk lain di pasaran.

Full coverage & tahan lama!

Selama ni kami mencari foundation yang tahan lama sebab bekerja di pejabat dan kadang-kala perlu keluar bertemu ‘client’, memerlukan kami sentiasa bersedia.

Lepas cuba Noutriwear+ ni, kami rasa nak terus stay dengan foundation ni. Antara benda yang kami suka dengan Noutriwear+ Liquid Foundation ni dari segi teksturnya kerana ia lebih pekat berbanding foundation biasa.  Teknologi inovatif Litestay™ pula membantu solekan kekal sehingga 24 jam. 

Mempunyai 4 pilihan tona iaitu Warm Ivory, Pink Nude, Yellow Beige dan Sand Beige. Kami menggunakan Sand Beige yang masuk dengan warna kulit kami.

Bila pakai dekat muka rasa ringan je, tanpa meninggalkan rasa rengsa. Paling best, kami ni jenis kulit berminyak, tapi dengan foundation Noutriwear+ ia membantu mengawal minyak dan dan tak keringkan kulit. 

Kulit lebih anjal dan muka nampak lebih segar

Y.O.U Beauty

Sebelum dan selepas menggunakan Noutriwear+ Liquid Foundation

Tadi kami cakap Noutriwear+ Liquid Foundation ni diinfuse dengan skincare kan? Haa.. Masa kami apply produk ni, kami dapat rasakan kulit wajah jadi lebih anjal kerana bahannya dibangunkan dengan teknologi Litestay™ yang diinfusi bersama Immortelle C-Lock Essence dan Ekstrak Centella Asiatica yang bertindak melindungi dan menyuburkan kulit dari dalam.

Bukan itu saja tau, kemasan velvet matte pada foundation ni memberikan liputan penuh, dengan hanya satu pam je foundation ni mampu tutup cela kat muka. Buktinya, tengok jelah jerawat kat wajah kami, terus hilang lepas pakai foundation serta tona kulit nampak lebih sekata.

Selain tu, bahan Soft-light Diffusing Powder, merupakan satu lagi bahan ‘ajaib’ yang bertindak secara optikal membantu memudarkan pori terbuka, garis halus dan cela pada wajah, menjadikan kulit muka tampak flawless dan smooth je.

Bukan hanya menyihatkan malah siap ada perlindungan sunscreen. Fuhh!

Y.O.U Beauty

Paling kami suka tentang produk ni semestinya formula penjagaan kulitnya yang membantu menghidratkan kulit serta menjadikan tona kulit nampak sekata. 

Noutriwear+ Liquid Foundation juga mempunyai SPF25 & PA+++ bagi membantu kulit wajah daripada terdedah kepada sinaran UVA dan UVB yang berlebihan. 

Y.O.U Beauty

Lepas dah pakai foundation jangan lupa lock makeup dengan Noutriwear Makeup Stay Lock Mist untuk bantu solekan kekal lebih lama pada wajah.

Jadi yang terpantas memiliki Noutriwear+  Liquid Foundation

Lepas menggunakan rangkaian Noutriwear+ Liquid Foundation ni, kami yakin tak nak cari yang lain dah. Dengan bahan yang berkualiti dan teknologi terkini, ia membantu menyihat dan cantikkan kulit dari dalam.

Dijual pada harga RM45.90, Noutriwear+ Liquid Foundation produk kecantikan wajib ada untuk setiap wanita. 

Jom dapatkan Noutriwear+ baru dari Y.O.U Beauty hari ini. Dapatkan dari Shopee atau Lazada. Jangan lupa juga untuk ikuti Y.O.U Beauty di Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...