June 1st, 2018

Selepas beberapa bulan putus cinta dengan Zul Ariffin dan mengatakan beliau mahu ‘move on’, pelakon cantik Zahirah Macwilson mungkin sudah bertemu kebahagiaan dengan orang baru.

Kini khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Malah, Nik Iruwan menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik foto mesra bersama Zahirah ketikya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 33. Siap ada aksi suap menyuap lagi.

Betul ke mereka sedanga hangat bercinta? Jika benar, kami harap hubungan Zahirah kali ini lebih indah dan ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin. Jangan malu-malu kalau sudah ada pengganti, pastinya ramai peminat Zahirah mendoakan yang terbaik buat dirinya.


36 responses to “(FOTO) Zahirah Macwilson Sudah Ada Kekasih Baru?”

  1. fishball says:

    huh tu boipren baru dia???????? O___o

  2. Soel says:

    Biar betul cik zahirah ini,kawin bukan utk sehri dua je tapi utk selamanya…lebih baik focus kerjaya dulu semasa umur masih muda.

  3. mak jemah says:

    ala apa guna laki tinggi badan sado tapi nan hadoooo HMMMM

  4. Mia says:

    X pe lah kalau pendek pun tp ikhlas nak kat zahirah.. hensem/tinggi tu mcm bonus.. lg pun nik ni duit byk kan.. kekekekeke.. all the best zahirah..

  5. Anonymous says:

    xmau komen ape2 cuma nak tau apa nama tempat mana depa dua ni makan ye?

Loading...