Foto Wanita Mirip Emma Maembong Tidak Bertudung Dan Mesra Dengan Seorang Jejaka Tersebar?

Hiburan

Foto Wanita Mirip Emma Maembong Tidak Bertudung Dan Mesra Dengan Seorang Jejaka Tersebar?

Belum lagi reda tentang isu video Fathia Latiff didakwa buka tudung, kini kecoh pula dengan penyebaran foto wanita mirip pelakon Emma Maembong tidak berhijab dan bergambar mesra dengan seorang jejaka.

Advertisement

Ada dua foto yang tersebar, satu ketika di sebuah restoran, manakala sekeping lagi memperlihatkan mereka berdua-duaan di dalam bilik sambil wanita itu  berada di celah kangkang jejaka tersebut. Difahamkan, foto panas itu dirakam seminggu lalu ketika pasangan ini sedang bercuti di luar negara.

Kedua-dua mereka juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing berserta kapsyen sebagai rakan karib.

Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Emma berhubung isu berkenaan gagal. Rata-rata netizen menuntut Emma untuk segera tampil menjelaskan perkara sebenar agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...