November 6th, 2019

Kehilangan bekas anggota Too Phat, Malique secara misteri dalam industri hiburan menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005. Walaupun, muncul dengan karya lagu-lagu baru, Malique lebih selesa memencilkan diri dan tidak pernah membuat persembahan di atas pentas ataupun hadir ke mana-mana majlis hiburan.

malique

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan dia menghidap penyakit misteri.

Namun, pada petang Selasa (semalam),  foto Malique bersama keluarga tular di media sosial.

foto terkini maliquefoto terkini malique

Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, netizen tetap dapat mengenali wajah Malique yang terkenal dengan gelaran The General. Ada yang berkata, kononya itu adalah penampilan terkininya.

Bagaimanapun, timbul perdebatan di kalangan warganet. Mereka mendakwa foto yang tersebar itu sebenarnya adalah foto lama Malique. Malah, ada netizen yang mengakui sering terserempak dengan penyayi rap dan komposer terkenal itu menghantar anaknya ke sekolah dan berada dalam keadaan sihat.

maliquemaliqueNampaknya tiada apa yang perlu dirisaukan bagi peminat-peminat Malique kerana dia sihat dan hanya mahukan privasi dalam hidupnya. Harapnya perkara itu dapat dihormati dan semoga Malique terus sukses.

Sumber Berita : Astro Gempak


12 responses to “Foto Viral Di Media Sosial Bukan Penampilan Terkini Malique?”

  1. Anonymous says:

    beriya2 nara blur kan nama acc..tpi bahagian comment x pulak di blur kan..hahaha..buat keje xkemas!

  2. korok says:

    sebok la korg…klo dia menyerlah korg ckp giler glamer…aku suka lagu2 dia…

  3. Teoo says:

    Biarle dia nak menyorokpun. Korang tak suka tak yah support dia. Sibuk plak nak mengajar org, macamla dia tu cikgu retis

  4. Anonymous says:

    fans skrg tak bole samakan zaman malique dulu.. still in illusion lah malique oii.. fans skrg lebih educated & hormati jika malique taknak populariti…. cuma attitude menyorok tu nmpk tak matang.. time kerja concentrate dgn audience time family go ahead laa nk menyorok.. status bapak simple things cara bawak diri tak kan nak di ajar jgk.

  5. ct says:

    kann..over

Loading...