November 6th, 2019

Kehilangan bekas anggota Too Phat, Malique secara misteri dalam industri hiburan menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005. Walaupun, muncul dengan karya lagu-lagu baru, Malique lebih selesa memencilkan diri dan tidak pernah membuat persembahan di atas pentas ataupun hadir ke mana-mana majlis hiburan.

malique

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan dia menghidap penyakit misteri.

Namun, pada petang Selasa (semalam),  foto Malique bersama keluarga tular di media sosial.

foto terkini maliquefoto terkini malique

Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, netizen tetap dapat mengenali wajah Malique yang terkenal dengan gelaran The General. Ada yang berkata, kononya itu adalah penampilan terkininya.

Bagaimanapun, timbul perdebatan di kalangan warganet. Mereka mendakwa foto yang tersebar itu sebenarnya adalah foto lama Malique. Malah, ada netizen yang mengakui sering terserempak dengan penyayi rap dan komposer terkenal itu menghantar anaknya ke sekolah dan berada dalam keadaan sihat.

maliquemaliqueNampaknya tiada apa yang perlu dirisaukan bagi peminat-peminat Malique kerana dia sihat dan hanya mahukan privasi dalam hidupnya. Harapnya perkara itu dapat dihormati dan semoga Malique terus sukses.

Sumber Berita : Astro Gempak


12 responses to “Foto Viral Di Media Sosial Bukan Penampilan Terkini Malique?”

  1. Anonymous says:

    malique ni kuat perasan sungguh ingat dia korean artist
    umur dh byk masih tak matang beriya menyorok
    tegur siap kt fans jgn kejar saya jerit nama saya dh kawin ade anak ade family nk jaga privacy
    taknak meet audience satu hal, taknak mingle dgn rakan artis jgk
    mindset budak if attend function sesame artis pun di anggap menagih populariti

  2. tipahhhhhhh says:

    Minat lagu n karya dia, but not his attitude la nak nyorok bagai. Tapi kita pun as peminat kena hormat la da tu pendirian dia. Kalau jumpa artis2 ni, buat rilek2 dah ler, or lagi baik biaukan aje depa.Pandang dari jaoh je. byk artis aku jumpa tapi tulah xde teringin nak jadi monyet bila depan derang sbb aku paham depa pun manusia biasa.

  3. Anonymous says:

    ramai jer org lain berkarya bukan malique sorang… org lain lagi bole go mcm2 genre songs tp chil jer.. tgk diorg elok jer & same jer xde pentingkn populariti. & lagi nmpk bagus attitude sbb x stay relevent in industry dgn kisah2 sorok diri.. tup2 gaduh dgn member retis / gaduh paasl cover gmbr mata etc list goes on…

  4. Anonymous says:

    Bukan pelik tapi dia ni lebih kepada orang yang nak berkarya, bukan orang yang pentingkan populariti

  5. Anonymous says:

    pelik malique ni kekadang… nk jd artis nyanyian tp avoid public..

Loading...