Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Foto Viral Di Media Sosial Bukan Penampilan Terkini Malique?

malique

Kehilangan bekas anggota Too Phat, Malique secara misteri dalam industri hiburan menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005. Walaupun, muncul dengan karya lagu-lagu baru, Malique lebih selesa memencilkan diri dan tidak pernah membuat persembahan di atas pentas ataupun hadir ke mana-mana majlis hiburan.

malique

Advertisement

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan dia menghidap penyakit misteri.

Namun, pada petang Selasa (semalam),  foto Malique bersama keluarga tular di media sosial.

foto terkini maliquefoto terkini malique

Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, netizen tetap dapat mengenali wajah Malique yang terkenal dengan gelaran The General. Ada yang berkata, kononya itu adalah penampilan terkininya.

Bagaimanapun, timbul perdebatan di kalangan warganet. Mereka mendakwa foto yang tersebar itu sebenarnya adalah foto lama Malique. Malah, ada netizen yang mengakui sering terserempak dengan penyayi rap dan komposer terkenal itu menghantar anaknya ke sekolah dan berada dalam keadaan sihat.

maliquemaliqueNampaknya tiada apa yang perlu dirisaukan bagi peminat-peminat Malique kerana dia sihat dan hanya mahukan privasi dalam hidupnya. Harapnya perkara itu dapat dihormati dan semoga Malique terus sukses.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    November 9, 2019 at 11:42 am

    biar lah dia. bagi aku Malique ni ada “class” dia yg tersendiri. dia ada level dia. peminat dia bukan dua tiga ketul dekat Malaysia ni. relek je diorang. yang korang menggelabah nak kata dia over bagai dah kenapa? pelik aku dengan netizen ni.korang lagi over. Dasar makcik bawang. cakap main hembus je.

  2. Anonymous

    November 7, 2019 at 11:29 am

    lirik lagu kaw2 ayat kasi gedang wow… padahal hati tisu
    usik skit g sorok diri sambil nangis2 eeuw.. naqui kuat nangis tp bagus hati kebal go out loud & xde pun org anggap if masuk tv jd gila glamor..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top