Akhirnya teka-teki mengenai perkahwinan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan terjawab apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada pagi tadi dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1000. Kedua-dua pasangan kelihatan cukup kacak dan anggun dalam busana serba putih. Majlis mereka juga tampak cukup eksklusif dan dihiasi dengan ribuan bunga ros yang indah. Adik Faliq iaitu Nadia Nasimuddin turut memuat naik video saat akad nikah berlangsung.
SM Faliq adalah pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi.
Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis perkahwinan SM Faliq dan Chryseis dengan membaca entri ini sepenuhnya.