Akhirnya teka-teki mengenai perkahwinan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan terjawab apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada pagi tadi dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1000. Kedua-dua pasangan kelihatan cukup kacak dan anggun dalam busana serba putih. Majlis mereka juga tampak cukup eksklusif dan dihiasi dengan ribuan bunga ros yang indah. Adik Faliq iaitu Nadia Nasimuddin turut memuat naik video saat akad nikah berlangsung.
SM Faliq adalah pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi.
Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis perkahwinan SM Faliq dan Chryseis dengan membaca entri ini sepenuhnya.

aminah hey hey
February 4, 2018 at 3:46 pm
hensem mamat nie..
Anonymous
February 4, 2018 at 12:34 pm
NI MMG PADA DENGAN LOFA. BAGAI PINANG DIBELAH 2..TP SAYANG JODOH TAK ADE
Anonymous
February 5, 2018 at 12:18 am
ape ko mengarut setan…
jodoh kepala otak ko pinang busuk kalo dgn lofak.. jodoh tu memang takde bukan jer dgn lofak dgn ko aku & sume pompuan lain.. jodoh faliq ialah dgn Chryseis..
Anonymous
February 7, 2018 at 9:49 am
Kami nitezen yang humble ni pun tak hingin lah.walau ada kapalterbang sederet satu fleet pun.ha ha
mawar berduri
February 4, 2018 at 8:13 am
pompuan ni x de nama islam die ??? kalo nama family Tan tu ok lh dikekalkan
FYI
February 4, 2018 at 11:45 pm
Masuk Islam tak diwajibkan tukar nama. Dan apa maksud cik mawar berduri dengan “nama islam”? ingat ye, Islam bukan orang arab je.
Shayana
February 5, 2018 at 9:47 am
Ustaz bgtau sebenarnya xde nama islam. Yg ada hnya nama arab bila di alih bahasa, ada mksud tertentu dalam bahasa melayu. Muaalfa tidak diwajibkan tukar nama, asalkan nama asal tidak membawa maksud yang tidak baik
Nameless
February 3, 2018 at 11:55 pm
tolong jangan nak berlagak jadi hakim agama kat sini boleh tak.
manyampah dengan mentaliti rasis yang takkan membawa kita ke mana-mana pun, nie… kurang kurang dia buat secara halal…
yang buat secara gelap kat siam tue, bukan islam, selamba ja diorang balun senyap senyap, pastu buat muka alim kat malaysia… lu pikir la sendiri…
Someone
February 3, 2018 at 10:32 pm
Kaya tapi jauh dari landasan agama
sakit mata
February 4, 2018 at 8:16 pm
wow….betul ke gitu? pasti ke?