(FOTO & VIDEO) Hangatnya Cinta Chacha Maembong, Rela Pipi Dicium Kekasih

Hiburan

(FOTO & VIDEO) Hangatnya Cinta Chacha Maembong, Rela Pipi Dicium Kekasih

Pelakon Chacha Maembong sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang DJ yang dikenali sebagai Leslie. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu mereka dikatakan sudah berpisah.

Advertisement

Setelah sekian lama memendam rindu dan berjauhan antara satu sama lain, pasangan ini nampaknya sudah kembali menjalinkan percintaan apabila Leslie menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto romantis mereka.

Leslie telah memberikan ciuman penuh kasih sayang buat cinta hatinya itu. Ramai juga yang memuji betapa manjanya pasangan ini termasuklah mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Namun, masih ada juga pihak yang kurang setuju dengan aksi merpati dua sejoli ini memandangkan mereka tidak mempunyai ikatan yang sah selain mengkritik Chacha tidak menjaga batasnya sebagai seorang gadis Muslim.

Kata orang bila mabuk bercinta ada kalanya semua benda boleh terlupa. Apa-apa pun, kami harap Chacha terus kekal bahagia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.