Pelakon Chacha Maembong sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang DJ yang dikenali sebagai Leslie. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu mereka dikatakan sudah berpisah.
Setelah sekian lama memendam rindu dan berjauhan antara satu sama lain, pasangan ini nampaknya sudah kembali menjalinkan percintaan apabila Leslie menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto romantis mereka.
Leslie telah memberikan ciuman penuh kasih sayang buat cinta hatinya itu. Ramai juga yang memuji betapa manjanya pasangan ini termasuklah mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Namun, masih ada juga pihak yang kurang setuju dengan aksi merpati dua sejoli ini memandangkan mereka tidak mempunyai ikatan yang sah selain mengkritik Chacha tidak menjaga batasnya sebagai seorang gadis Muslim.