(FOTO) Ubah Imej : Netizen Puji Diana Danielle Lebih Cantik Berambut Pendek

Hiburan

(FOTO) Ubah Imej : Netizen Puji Diana Danielle Lebih Cantik Berambut Pendek

Dikenali sebagai seorang wanita yang anggun, manis dan lembut berbicara, pelakon Datin Diana Danielle kini tampil dengan imej yang cukup berbeza. Diana telah memotong rambutnya menjadi pendek tetapi tetap memukau setiap mata yang memandangnya.

Advertisement

Gaya terbaru Diana mendapat pujian daripada netizen yang mengakui beliau kelihatan lebih cantik persis seperti aktres jelita Sofia Jane ketika muda.

Mungkin juga imej rambut pendek ini adalah simbolik Diana untuk mendapatkan “semangat” baru selepas menghadapi pelbagai ujian berkaitan dengan kes Datuk Farid Kamil ditahan polis baru-baru ini.  Semoga Diana terus tabah. Apa-apa pun, memang comel Diana berambut pendek, nampak lebih remaja. Hehe..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.