Dalam pada ramai yang masih tertanya-tanya mengenai siasatan polis ke atas majlis pernikahan Neelofa dan Muhammad Haris ataupun PU Riz yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), kini timbul pula satu persoalan lain.
Malam semalam, kecoh di laman Twitter apabila gambar pasangan pengantin baru itu dilihat selamat tiba di Langkawi selepas baru tiga hari sahaja melangsungkan perkahwinan mereka.
Tangkapan skrin yang diambil di laman Facebook itu mengundang tanda tanya netizen apabila ianya memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam, dan seorang lelaki berkopiah daripada belakang.
Bukan itu sahaja, terdapat pula satu entri lain di laman Facebook yang juga turut tular di mana seorang individu memuat naik gambar bersama Neelofa dan PU Riz dengan tag lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi.”
Walaupun SOP mengatakan bahawa negeri PKPP boleh ke negeri PKPP lain dengan menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC namun pasangan ini bergerak daripada negeri PKPB ke negeri PKPP lantas membuatkan ia menjadi perbualan hangat ramai orang.
Rata-rata netizen mempersoalkan sebab pasangan itu ke Langkawi selain bertanda-tanya mengenai kebenaran untuk rentas negeri.
Pun begitu, pasangan ini dilihat tidak ada memuat naik apa-apa entri mengenai dakwaan ini di laman media sosial masing-masing. Namun Neelofa baru sahaja memuat naik video panjang momen pernikahannya di Instagram sebentar tadi.
View this post on Instagram
Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada Neelofa dan PU Riz.