Pada era ini, media sosial merupakan satu platform yang amat penting buat selebriti serta Influencer terutamanya di Instagram kerana mudah untuk mereka berkongsikan perkembangan terbaharu bersama peminat.
Oleh kerana itu, jumlah pengikut pengikut yang ramai di Instagram akan menjadi ‘kayu ukur’ bagi seseorang itu dianggap pempegaruh serta ia juga boleh menjadi sumber pendapatan buat pemilik akaun kerana dapat menjananya melalui iklan-iklan dan muat naik yang ditaja (paid review).
Pada tahun 2019 dan 2020, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan selebriti yang paling banyak diikuti sebanyak 6.4 juta pada tahun 2019 dan 7.6 juta pada tahun 2020. Bagaimana pula pada tahun 2021? Jom sama-sama kita lihat!
1. Neelofa (@neelofa) – 8.6 juta pengikut
2. Datuk Siti Nurhaliza (@ctdk) – 8.4 juta pengikut
3. Zizan Razak (@zizanrazak869) – 7.9 juta pengikut
4. Nora Danish (@noradanish) – 7.3 juta pengikut
5. Mira Filzah (@mfmirafilzah) – 7.3 juta pengikut
6. Janna Nick (@jannanick) – 6.2 juta pengikut
7. Hanis Zalikha (@haniszalikha) – 6.1 juta pengikut
8. Amyra Rosli (@aamyrarosli) – 5.9 juta pengikut
9. Scha Al-Yahya (@schaalyahya) – 5.9 juta pengikut
10. Nur Fazura (@missfazura) – 5.7 juta pengikut
Apa pendapat anda? Artis kegemaran anda ada tersenarai tak? Kalau tak ada tak apa, next time kita buat lagi!